[maaf, kami tidak menjual JAMU]
Sebelum-sebelum ini untuk advanced program IMKK, kami tidak pernah pergi bersama-sama. Namun, untuk IJI 2013 ini kami berpakat
untuk sama-sama hadirkan diri. Dengan harapan supaya ilmu yang diserap itu
nanti selari dan mudah kami ambil tindakan bersama-sama untuk “kerangupan
maksimum” bisnes kami (https://www.facebook.com/MummyCrunchy).
Disebabkan lokasi IJI
2013 di PWTC, lebih jimat masa, praktikal dan cost-effective bagi kami
menggunakan LRT dari Hang Tuah untuk sampai ke PWTC. Selama 3 hari seminar, banyak
andaian yang dibuat berlandaskan “first impression” oleh rakan-rakan jutawan
yang menggelikan hati kami dan buat kami tergelak besar. Oleh kerana kemesraan
dan rapatnya kami, sehinggakan ada yang menyangka kami pasangan suami isteri
sampai ada yang nak jual jamu kasi ummphh untuk kami. Heloo helooo helooo..masing-masing
pun lantas menjawab dengan pantas dan tuntas …(“dia adik perempuan saya ye,
tengok nama bapa kami sama ni”)….(“dia abang kandung saya ye, jatuh saham saya”).
Namun begitu, terdapat 2 perkara yang kami belajar
daripada apa yang telah berlaku:
Pertama: Betullah kita sebagai manusia akan rasa, fikir
dan menentukan tindakan pada “first impression” tentang sesuatu. Ia mengambil masa
daripada 6 hingga 30 saat bagi kebanyakan kita untuk membentuk tanggapan
pertama tentang orang lain atau sesuatu perkara. Justeru, kita akan percaya
walaupun tiada bukti kukuh tentang sesuatu perkara itu.
“First impression”
memberi penunjuk awal kepada personaliti, kebolehan dan kebolehpercayaan orang
yang terhadap seseorang,sesebuah organisasi atau sesuatu perkara. Boleh juga
kami katakan, good first impressions yang baik boleh dikatakan sebagai salah
satu perkara asas dalam bisnes marketing dan sales. Contohnya, orang tengok
saja, terus orang berminat nak beli. Orang baca je tajuk artikel, terus nak
baca sampai habis.
Kedua: Terima kasih kepada mak dan abah
kerana menerapkan pentingnya hubungan adik-beradik sejak kami kecil lagi. Kami
diajar untuk sentiasa bersyukur kerana diberi adik-beradik. Mensyukuri apa yang ada dan
bandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai adik-beradik. Orang yang bersyukur
tidak akan pernah rugi malah nikmat dan rahmat daripada-Nya akan berlipat kali
ganda.
Ya Allah kami memohon keredhaan daripada Mu ya Allah serta keredhaan ibu
bapa kami. Kepentingan hubungan
adik beradik ini telah dilakarkan dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud,
“Pada hari kiamat kelak, arasy Allah dikelilingi kerusi-kerusi yang sangat
mulia.” Sahabat bertanya siapa yang akan dapat duduk di kerusi tersebut. Lalu
jawab Nabi SAW, “Mereka adalah adik-beradik yang saling sayang-menyayangi
antara mereka.” Begitu mulianya tempat yang Allah akan beri kepada adik-beradik
yang saling berkasih-sayang.
“Maka
apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi
dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah
dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka.”
(Surah Muhammad, ayat22-23)
No comments:
Post a Comment