[catatan resepi kasih bonda]
ABSTRAK:
Bagaimana Mummy Crunchy bermula? Mesti ramai yang ingin mengetahui mengapa kuih tiram dipilih menjadi produk utama di bawah brand Mummy Crunchy atau sekarang dikenali sebagai MUMCHY LICIOUS (setelah penjenamaan semula).
Semua ini bermula daripada seorang insan yang begitu istimewa untuk kami dan kami percaya insan ini juga begitu teristimewa buat setiap daripada kita. Insan itu bernama BONDA. Kerendahan hatinya, kemuliaan jiwanya, ketinggian budinya dan keteguhan cintanya telah mengusik hati kami untuk melakukan sesuatu yang akan membuatkan dia bangga dan bahagia.
..........Anda mahu mengetahui kisah selanjutnya? Terus ikuti setiap kisah yang akan kami post bermula pada hari ini dan seterusnya.
Harapan kami kisah ini akan menjadi inspirasi buat semua dan akan memberikan manfaat yang tidak ternilai kepada kita semua. Justeru dapat kita memahami mengapa insan bernama BONDA adalah watak utama dalam kehidupan kita.
Diceritakan oleh Muawiyah bin Jahimah, bahawa dia datang menemui Nabi Muhammad SAW lalu berkata: "Sesungguhya aku ingin menyertai peperangan jihad, dan aku datang untuk meminta pendapat kamu." Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Dia menjawab: "Ya!" Rasulullah SAW bersabda: "Pergilah dan berbaktilah kepada ibu kamu, kerana sesungguhnya syurga berada di bawah kedua kakinya."
No comments:
Post a Comment