Saturday, 25 January 2014

Tak Perlu Tunggu Hebat dan Sempurna Baru Nak Buat - Don't Have To Be Perfect To Start

Jangan tak tahu, kami Mummy Crunchy yang dulu-dulu bukanlah yang sekarang.

Dulu-dulu kami tak tahu nak letak nama apa untuk produk hebat kami ini - kuih tiram. semuanya bermula dengan meletakkan nama mak kami AMINAH MISRAN pada label kuih tiram. Kenapa? Sebab kuih tiram ni adalah resipi daripada mak kami. kalau mak buat, sekejap je kami adik-beradik habiskan. Oleh sebab ia sedap, kami pun mengambil keputusan untuk berkongsi kesedapan dan kerangupan kuih tiram ini bersama anda semua.

Walaupun tidak berjenama masa tu,,kuih tiram tetap banyak tempahan daripada pelanggan. Makanya, kita tak perlu tunggu semunya sempurna/ perfect untuk memulakannya sesuatu yang hendak kita buat. Faham ke faham?



Tuesday, 3 December 2013

Adakah anda cukup GIGIH? - Are you PERSISTENT enough?

[Inspirasi Hidup buat semua]

Gigih?
Apa itu kegigihan?
Adakah anda cukup gigih dalam mengharungi kehidupan anda?

Adik Nur Damia Irsalina, kanak-kanak berusia enam tahun yang berasal dari Hulu Terengganu, Malaysia dilahirkan sebagai kanak-kanak kelainan upaya (OKU). Walaupun dalam keadaan kecacatan tangan dan kaki, kanak-kanak ini juga mahu menjadi seperti manusia normal yang lain untuk berjaya. Adik Nur Damia terpaksa berbaring di atas papan beroda untuk membaca.

Bagaimana kita yang cukup sifat dan lengkap pancaindera dengan tubuh badan yang sihat ini? Adakah kita cukup GIGIH dalam kehidupan kita?

**Daripada kami Mumchy Licious with Love**

Tuesday, 12 November 2013

Aneka Jenis Tepung dan Kegunaannya

[Aneka tepung aneka guna]

Tahukah anda ada aneka jenis tepung di pasaran? Setiap jenis tepung ini mempunyai fungsi yang berbeza dalam penyediaan kuih-muih, kek, biskut atau roti. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, anda perlu kenal dan faham setiap jenis tepung dan fungsinya.



Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung jenis ini sesuai untuk sebarang jenis masakan dan banyak didapati di pasaran dan harganya lebih rendah. Ia mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu ditambah dengan serbuk penaik dan diayak 2 atau 3 kali jika anda mahu membuat kek atau pau.
Kegunaan : semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Berprotein Tinggi (High Protein Flour)
Tepung jenis ini juga dikenali sebagai Tepung Roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (sifat elastik) pada roti apabila diuli, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.
Kegunaan : Produk-produk makanan pastri seperti roti, bun dan donut.

Tepung Berprotein Rendah (Low Protein Flour)
Tepung jenis ini pula dikenali sebagai Tepung Kek atau Tepung Superfine dan mengandungi protein yang rendah. Ia lebih ringan dan tidak akan memberi sifat kenyal kepada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, pai dan kulit tart.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
Tepung ini juga dikenali sebagai Tepung Berserbuk Penaik yang mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder/soda bicarbonate). Mudah didapati di pasaraya, namun jika tiada, anda boleh ayakkan 250gram tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
Kegunaan: Produk-produk pastri dan kek.

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
Tepung jenis ini lebih halus dan putih, ia amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana dapat menghasilkan tekstur yang lebih lembut. Sesetengah kedai bahan-bahan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (samada berkutu atau berkulat). Sebagai ganti, anda boleh gunakan tepung pau di dalam kotak walaupun nanti hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap sama.
Kegunaan : Kek lapis, pau dan bahan campuran untuk kuih-muih.

Tepung Pulut (Glutinous Rice Flour)
Tepung ini adalah tepung pulut (berwarna putih) dan diimport dari negara jiran, Thailand. Ia dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli iaitu beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan Vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap kencing manis dan ibu mengandung sesuai mengamalkannya.
Kegunaan : Dumpling, roti dan pastri.

Tepung Hoen Kwee
Tepung ini diperbuat daripada kacang dan sesuai untuk membuat kuih-muih dan puding. Ia boleh didapati di dalam paket-paket kecil dengan tiga warna seperti putih,hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan puding.


Tepung Kastad
Tepung ini akan membuatkan tekstur kek lebih rapat dan juga untuk mendapatkan aroma wangi pada kek. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika anda suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya nanti.

Tepung Ubi
Tepung ini adalah Tepung Ubi Kayu yang bertujuan untuk meliatkan adunan tepung. Namun untuk sesetengah orang, mereka menggantikannya dengan tepung sagu (Sago Flour).

Tepung Jagung
Tepung ini fungsinya untuk memekatkan walaupun agak berbeza daripada penggunaan tepung ubi.


Jenis tepung yang terakhir sekali, ialah:

Tepung Gandum
Tepung jenis ini biasa kita jumpa dan mudah didapati di pasaran. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna. Namun begitu, adakah anda pasti tepung gandum yang anda gunakan selama ini selamat dan sihat? Tahukah anda tepung gandum juga ade jenisnya? Yang mana satu adalah selamat dan sihat untuk digunakan?
Untuk menjawab setiap persoalan ini, kami Mumchy Licious akan perjelaskan lebih lanjut pada post akan datang. Makanya terus bersama kami. :)

Fahami jenis-jenis tepung dan fungsinya, untuk memastikan anda mendapat hasil yang terbaik. Selamat menguli, mencanai, menebar, menggelek, membakar atau apa-apa sahaja yang anda buat.

- Mumchy Licious With Love -






Tuesday, 5 November 2013

Macam syedapp je..macam syedapp je...

Macam syedapp jeee..macam syedappp jee...

Memang syedapp pun!

Syedap,rangup dan anda pasti mahu lagi dan lagi..kuih tiram Mummy Crunchy.


siapa nak merasai kerangupan kuih tiram kami..boleh terus inbox kami untuk membuat 


tempahan..atau sms ke 013-2233885 atau 017-2055020.


*macam syedap je!



Friday, 1 November 2013

Fizikalnya Kecil tapi DALAMNYA BESAR!

[catatan resepi kasih bonda]-sub 1



Sebelum kami garapkan lebih lanjut tentang tercetusnya Mumchy Licious, kami rumuskan serba sedikit pengenalan lokasi, situasi dan watak-watak penting yang terlibat.

Bandaraya Kuala Lumpur: kota metropolitan dengan hiruk pikuk, bising bingit, asap berbau yang dipenuhi pencakar langit dan kesesakan manusia yang bertebaran, masing-masing mencari sesuatu bagaikan tiada penghujung. 

Di situlah, kami diletakkan sejak dari dalam perut Mak hingga saat ini. “Orang Key Ell katanya..orang Bandar”, bukan di rumah besar banglo mewah kondo gah tinggi hebat, cuma rumah kecil bagaikan rumah burung merpati yang dengan kurang sepuluh langkah dari pintu masuk dah sampai ke hujung bilik tidur.

Walaupun kecil singgahsana, namun Mak dan Abah berjiwa besar. Mereka menjaga, mengasih, mengasuh, mengajar, memberi dan mencurah segala kasih dan sayang kepada anak-anaknya.

Maka, inilah kami sekarang: matlamat kami untuk kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat serta membantu menambah nilai kehidupan orang di sekeliling.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam (yang maknanya), “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat.”



Thursday, 31 October 2013

JAMU ini kasi UMPHH untuk isteri abang

[maaf, kami tidak menjual JAMU]

Sebelum-sebelum ini untuk advanced program IMKK, kami tidak pernah pergi bersama-sama. Namun, untuk IJI 2013 ini kami berpakat untuk sama-sama hadirkan diri. Dengan harapan supaya ilmu yang diserap itu nanti selari dan mudah kami ambil tindakan bersama-sama untuk “kerangupan maksimum” bisnes kami (https://www.facebook.com/MummyCrunchy). 

Disebabkan lokasi IJI 2013 di PWTC, lebih jimat masa, praktikal dan cost-effective bagi kami menggunakan LRT dari Hang Tuah untuk sampai ke PWTC. Selama 3 hari seminar, banyak andaian yang dibuat berlandaskan “first impression” oleh rakan-rakan jutawan yang menggelikan hati kami dan buat kami tergelak besar. Oleh kerana kemesraan dan rapatnya kami, sehinggakan ada yang menyangka kami pasangan suami isteri sampai ada yang nak jual jamu kasi ummphh untuk kami. Heloo helooo helooo..masing-masing pun lantas menjawab dengan pantas dan tuntas …(“dia adik perempuan saya ye, tengok nama bapa kami sama ni”)….(“dia abang kandung saya ye, jatuh saham saya”).

Namun begitu, terdapat 2 perkara yang kami belajar daripada apa yang telah berlaku:

Pertama: Betullah kita sebagai manusia akan rasa, fikir dan menentukan tindakan pada “first impression” tentang sesuatu. Ia mengambil masa daripada 6 hingga 30 saat bagi kebanyakan kita untuk membentuk tanggapan pertama tentang orang lain atau sesuatu perkara. Justeru, kita akan percaya walaupun tiada bukti kukuh tentang sesuatu perkara itu. 

“First impression” memberi penunjuk awal kepada personaliti, kebolehan dan kebolehpercayaan orang yang terhadap seseorang,sesebuah organisasi atau sesuatu perkara. Boleh juga kami katakan, good first impressions yang baik boleh dikatakan sebagai salah satu perkara asas dalam bisnes marketing dan sales. Contohnya, orang tengok saja, terus orang berminat nak beli. Orang baca je tajuk artikel, terus nak baca sampai habis.

Kedua: Terima kasih kepada mak dan abah kerana menerapkan pentingnya hubungan adik-beradik sejak kami kecil lagi. Kami diajar untuk sentiasa bersyukur kerana diberi adik-beradik. Mensyukuri apa yang ada dan bandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai adik-beradik. Orang yang bersyukur tidak akan pernah rugi malah nikmat dan rahmat daripada-Nya akan berlipat kali ganda

Ya Allah kami memohon keredhaan daripada Mu ya Allah serta keredhaan ibu bapa kami. Kepentingan hubungan adik beradik ini telah dilakarkan dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Pada hari kiamat kelak, arasy Allah dikelilingi kerusi-kerusi yang sangat mulia.” Sahabat bertanya siapa yang akan dapat duduk di kerusi tersebut. Lalu jawab Nabi SAW, “Mereka adalah adik-beradik yang saling sayang-menyayangi antara mereka.” Begitu mulianya tempat yang Allah akan beri kepada adik-beradik yang saling berkasih-sayang.





“Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka.”
(Surah Muhammad, ayat22-23)

Tuesday, 29 October 2013

Jom Bisnes Tanpa Modal!

[Anda boleh buat bisnes TANPA MODAL!!!]

Sudah tentu ramai yang berminat untuk menjalankan bisnes, tapi selalu juga orang kita memberikan alasan MODAL DUIT untuk tidak memulakan sebarang bisnes. Orang lain berpusu-pusu untuk menggunakan peluang yang ada untuk memajukan diri, keluarga dan bangsa. 
Kenapa kita masih leka dengan keadaan yang penuh selesa?

Adakah hanya sebab MODAL DUIT jadi alasan anda? Kini anda tidak perlu risau lagi, kami di Mumchy Licious akan membantu anda untuk memulakan bisnes secara atas talian TANPA MODAL!

Kami mahu membantu anda dengan menawarkan sistem ONLINE MANAGER.


Sesiapa yang mahukan bantuan seperti yang kami sebutkan ini, boleh terus hubungi atau sms kami di talian

+6017-2055020 (anis) / +6013-2233885 (fadhil)

atau boleh menghantar mesej ke inbox fb page kami di https://www.facebook.com/MummyCrunchy

atau boleh email sebarang pertanyaan kepada kami di mummycrunchybite@gmail.com


Bertindak sekarang..ya sekarang,,,jangan lambat, nanti orang lain kebassss.

"fast action, fast result"
--modal utama usaha--
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami semua LIKE Mumchy Licious