[Aneka tepung aneka guna]
Tahukah anda ada aneka jenis tepung di pasaran? Setiap jenis tepung ini mempunyai fungsi yang berbeza dalam penyediaan kuih-muih, kek, biskut atau roti. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, anda perlu kenal dan faham setiap jenis tepung dan fungsinya.
Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung jenis ini sesuai untuk sebarang jenis masakan dan banyak didapati di pasaran dan harganya lebih rendah. Ia mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu ditambah dengan serbuk penaik dan diayak 2 atau 3 kali jika anda mahu membuat kek atau pau.
Kegunaan : semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.
Tepung Berprotein Tinggi (High Protein Flour)
Tepung jenis ini juga dikenali sebagai Tepung Roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (sifat elastik) pada roti apabila diuli, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.
Kegunaan : Produk-produk makanan pastri seperti roti, bun dan donut.
Tepung Berprotein Rendah (Low Protein Flour)
Tepung jenis ini pula dikenali sebagai Tepung Kek atau Tepung Superfine dan mengandungi protein yang rendah. Ia lebih ringan dan tidak akan memberi sifat kenyal kepada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, pai dan kulit tart.
Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
Tepung ini juga dikenali sebagai Tepung Berserbuk Penaik yang mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder/soda bicarbonate). Mudah didapati di pasaraya, namun jika tiada, anda boleh ayakkan 250gram tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
Kegunaan: Produk-produk pastri dan kek.
Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
Tepung jenis ini lebih halus dan putih, ia amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana dapat menghasilkan tekstur yang lebih lembut. Sesetengah kedai bahan-bahan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (samada berkutu atau berkulat). Sebagai ganti, anda boleh gunakan tepung pau di dalam kotak walaupun nanti hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap sama.
Kegunaan : Kek lapis, pau dan bahan campuran untuk kuih-muih.
Tepung Pulut (Glutinous Rice Flour)
Tepung ini adalah tepung pulut (berwarna putih) dan diimport dari negara jiran, Thailand. Ia dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli iaitu beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan Vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap kencing manis dan ibu mengandung sesuai mengamalkannya.
Kegunaan : Dumpling, roti dan pastri.
Tepung Hoen Kwee
Tepung ini diperbuat daripada kacang dan sesuai untuk membuat kuih-muih dan puding. Ia boleh didapati di dalam paket-paket kecil dengan tiga warna seperti putih,hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan puding.
Tepung Kastad
Tepung ini akan membuatkan tekstur kek lebih rapat dan juga untuk mendapatkan aroma wangi pada kek. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika anda suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya nanti.
Tepung Ubi
Tepung ini adalah Tepung Ubi Kayu yang bertujuan untuk meliatkan adunan tepung. Namun untuk sesetengah orang, mereka menggantikannya dengan tepung sagu (Sago Flour).
Tepung Jagung
Tepung ini fungsinya untuk memekatkan walaupun agak berbeza daripada penggunaan tepung ubi.
Jenis tepung yang terakhir sekali, ialah:
Tepung Gandum
Tepung jenis ini biasa kita jumpa dan mudah didapati di pasaran. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna. Namun begitu, adakah anda pasti tepung gandum yang anda gunakan selama ini selamat dan sihat? Tahukah anda tepung gandum juga ade jenisnya? Yang mana satu adalah selamat dan sihat untuk digunakan?
Untuk menjawab setiap persoalan ini, kami Mumchy Licious akan perjelaskan lebih lanjut pada post akan datang. Makanya terus bersama kami. :)
Fahami jenis-jenis tepung dan fungsinya, untuk memastikan anda mendapat hasil yang terbaik. Selamat menguli, mencanai, menebar, menggelek, membakar atau apa-apa sahaja yang anda buat.
- Mumchy Licious With Love -
No comments:
Post a Comment