Thursday, 31 October 2013

JAMU ini kasi UMPHH untuk isteri abang

[maaf, kami tidak menjual JAMU]

Sebelum-sebelum ini untuk advanced program IMKK, kami tidak pernah pergi bersama-sama. Namun, untuk IJI 2013 ini kami berpakat untuk sama-sama hadirkan diri. Dengan harapan supaya ilmu yang diserap itu nanti selari dan mudah kami ambil tindakan bersama-sama untuk “kerangupan maksimum” bisnes kami (https://www.facebook.com/MummyCrunchy). 

Disebabkan lokasi IJI 2013 di PWTC, lebih jimat masa, praktikal dan cost-effective bagi kami menggunakan LRT dari Hang Tuah untuk sampai ke PWTC. Selama 3 hari seminar, banyak andaian yang dibuat berlandaskan “first impression” oleh rakan-rakan jutawan yang menggelikan hati kami dan buat kami tergelak besar. Oleh kerana kemesraan dan rapatnya kami, sehinggakan ada yang menyangka kami pasangan suami isteri sampai ada yang nak jual jamu kasi ummphh untuk kami. Heloo helooo helooo..masing-masing pun lantas menjawab dengan pantas dan tuntas …(“dia adik perempuan saya ye, tengok nama bapa kami sama ni”)….(“dia abang kandung saya ye, jatuh saham saya”).

Namun begitu, terdapat 2 perkara yang kami belajar daripada apa yang telah berlaku:

Pertama: Betullah kita sebagai manusia akan rasa, fikir dan menentukan tindakan pada “first impression” tentang sesuatu. Ia mengambil masa daripada 6 hingga 30 saat bagi kebanyakan kita untuk membentuk tanggapan pertama tentang orang lain atau sesuatu perkara. Justeru, kita akan percaya walaupun tiada bukti kukuh tentang sesuatu perkara itu. 

“First impression” memberi penunjuk awal kepada personaliti, kebolehan dan kebolehpercayaan orang yang terhadap seseorang,sesebuah organisasi atau sesuatu perkara. Boleh juga kami katakan, good first impressions yang baik boleh dikatakan sebagai salah satu perkara asas dalam bisnes marketing dan sales. Contohnya, orang tengok saja, terus orang berminat nak beli. Orang baca je tajuk artikel, terus nak baca sampai habis.

Kedua: Terima kasih kepada mak dan abah kerana menerapkan pentingnya hubungan adik-beradik sejak kami kecil lagi. Kami diajar untuk sentiasa bersyukur kerana diberi adik-beradik. Mensyukuri apa yang ada dan bandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai adik-beradik. Orang yang bersyukur tidak akan pernah rugi malah nikmat dan rahmat daripada-Nya akan berlipat kali ganda

Ya Allah kami memohon keredhaan daripada Mu ya Allah serta keredhaan ibu bapa kami. Kepentingan hubungan adik beradik ini telah dilakarkan dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Pada hari kiamat kelak, arasy Allah dikelilingi kerusi-kerusi yang sangat mulia.” Sahabat bertanya siapa yang akan dapat duduk di kerusi tersebut. Lalu jawab Nabi SAW, “Mereka adalah adik-beradik yang saling sayang-menyayangi antara mereka.” Begitu mulianya tempat yang Allah akan beri kepada adik-beradik yang saling berkasih-sayang.





“Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka.”
(Surah Muhammad, ayat22-23)

Tuesday, 29 October 2013

Jom Bisnes Tanpa Modal!

[Anda boleh buat bisnes TANPA MODAL!!!]

Sudah tentu ramai yang berminat untuk menjalankan bisnes, tapi selalu juga orang kita memberikan alasan MODAL DUIT untuk tidak memulakan sebarang bisnes. Orang lain berpusu-pusu untuk menggunakan peluang yang ada untuk memajukan diri, keluarga dan bangsa. 
Kenapa kita masih leka dengan keadaan yang penuh selesa?

Adakah hanya sebab MODAL DUIT jadi alasan anda? Kini anda tidak perlu risau lagi, kami di Mumchy Licious akan membantu anda untuk memulakan bisnes secara atas talian TANPA MODAL!

Kami mahu membantu anda dengan menawarkan sistem ONLINE MANAGER.


Sesiapa yang mahukan bantuan seperti yang kami sebutkan ini, boleh terus hubungi atau sms kami di talian

+6017-2055020 (anis) / +6013-2233885 (fadhil)

atau boleh menghantar mesej ke inbox fb page kami di https://www.facebook.com/MummyCrunchy

atau boleh email sebarang pertanyaan kepada kami di mummycrunchybite@gmail.com


Bertindak sekarang..ya sekarang,,,jangan lambat, nanti orang lain kebassss.

"fast action, fast result"
--modal utama usaha--

[Catatan Resipi Bonda] - bagaimana Mumchy Licious bermula

[catatan resepi kasih bonda]

ABSTRAK:

Bagaimana Mummy Crunchy bermula? Mesti ramai yang ingin mengetahui mengapa kuih tiram dipilih menjadi produk utama di bawah brand Mummy Crunchy atau sekarang dikenali sebagai MUMCHY LICIOUS (setelah penjenamaan semula).

Semua ini bermula daripada seorang insan yang begitu istimewa untuk kami dan kami percaya insan ini juga begitu teristimewa buat setiap daripada kita. Insan itu bernama BONDA. Kerendahan hatinya, kemuliaan jiwanya, ketinggian budinya dan keteguhan cintanya telah mengusik hati kami untuk melakukan sesuatu yang akan membuatkan dia bangga dan bahagia.

..........
Anda mahu mengetahui kisah selanjutnya? Terus ikuti setiap kisah yang akan kami post bermula pada hari ini dan seterusnya.
Harapan kami kisah ini akan menjadi inspirasi buat semua dan akan memberikan manfaat yang tidak ternilai kepada kita semua. Justeru dapat kita memahami mengapa insan bernama BONDA adalah watak utama dalam kehidupan kita.

Diceritakan oleh Muawiyah bin Jahimah, bahawa dia datang menemui Nabi Muhammad SAW lalu berkata: "Sesungguhya aku ingin menyertai peperangan jihad, dan aku datang untuk meminta pendapat kamu." Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Dia menjawab: "Ya!" Rasulullah SAW bersabda: "Pergilah dan berbaktilah kepada ibu kamu, kerana sesungguhnya syurga berada di bawah kedua kakinya."



Monday, 28 October 2013

Mumchy Licious bersama anda berkongsi KERANGUPANNYA!

Salam berbahagia dan penuh kemesraan.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Bersyukur kerana bermula pada hari ini, kami akan berkongsi keriangan, kemanisan, keharmonian dan kerangupan Mumchy Licious bersama anda semua yang tersayang.
Kami gembira untuk berkongsi dengan semua berkenaan kepakaran kami membantu semua penggemar makanan snek/ jajan daripada bahaya makanan snek yang tinggi bahan pengawet, perisa dan ramuan yang tidak pasti halalnya dengan
mengeluarkan dan memasarkan kuih tiram aneka rasa resipi tradisional yang dijamin SELAMAT, SIHAT dan HALAL.

Apa itu kuih tiram?

Kuih tiram adalah kuih tradisional melayu, ada yang memanggilnya kuih selayang, kuih kertas, kuih lidah kucing, kuih lidah buaya, bujang lapok dan ada juga yang panggil kuih kapal terbang...pasti terbang jauh apabila dimakan kan... Kuih tiram biasanya tahan lama, dan tidak perlu didinginkan untuk disimpan lama.
Apa pun panggilannya..kuih tiram Mumchy Licious (www.facebook.com/MummyCrunchy) tetap 101% rangup dan sedap sehingga cebisan terakhir....



Siapa Kami?
Kami adalah pembekal dan pengeluar kuih tiram Mumchy Licious
CRUNCHY BITE ENTERPRISE
(SA0260279-U)
JALAN KENANGA
55200 KUALA LUMPUR.


Hubungi kami untuk kami berkongsi kerangupan kuih tiram Mumchy Licious bersama anda dan orang tersayang. Kami sedia menerima tempahan untuk kenduri kahwin dan door gift untuk sebarang majlis. Kami juga mengalu-alukan pemilik kedai serbanika atau runcit yang berminat untuk mendapatkan produk kami. Kami turut berbesar hati untuk mengundang sesiapa yang berminat menjadi online manager dan agen untuk produk Mumchy Licious. Apa yang anda perlu buat, hubungi kami di nombor yang tertera di atas atau email, mesej di facebook page kami. TERIMA KASIH.



"Rangup Hingga Cebisan Terakhir"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami semua LIKE Mumchy Licious